Saturday, December 31, 2011

SEGMEN : JOM SERTAI SENARAI BLOG TERHEBAT 2012 !

Wah, sudah sekian lama aku tak kena tag. Sekali sekala buat , seronok jugak. Hoho. Tanpa membuang masa waktu dan ketika , marilah kita mulakan . *selingan : Masa Itu Ibarat Pedang. Jika Kita Tak Memotongnya, Maka Ia Akan Memotong Kita*


Dan, syarat syaratnya :
1. korang kena buad satu entry yang paling ringkas bertajuk SEGMEN : JOM SERTAI SENARAI BLOG TERHEBAT 2012 !  dan jangan lupa letak sekali banner segmen ni dan terus link kan ke blog mira .
2. Tag 3 orang kawan-kawan blogger korang dan pastikan diaorang tahu yang segmen ni dijalankan :) (nak tag lebih pun takpe .sebab .makin banyak link yang mira dapat masuk dalam bloglist tu ..makin ramai yang akan terjah blog korang kan )
3. Like gambar tak comel ni LIKE SINI ( harap korang boleh tolong )
4. Follow blog MIRA & AZFA (tak follow mira pun takpe ,tapi WAJIB  follow azfa okay ;)
5. Like Fan Page MIRA & AZFA (TAK WAJIB ya semua .atas kesudian masing2)

 Jadi, semua syarat - DONE. kecuali yang number 3 tu, sebab bila aku klik link yang dinyatakan , yang keluar cuma :

 jadi maaf dihulur ye cik mira tak dapat penuhi semua syarat.

Last but not least , sesi menge-tag pulak. Berikut adalah blogger yang di-tag:

dan, aku pulak , telah ditag oleh : Syam

Sekian , terima kasih. Selamat hari sabtu :)

*UPDATED: syarat ke-3 sudah dipenuhi, link sudah berfungsi. HOHO.
Friday, December 30, 2011

Tazkirah Hari Ini : Hanya Allah Layak Disembah



“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"
Surah Yasin Ayat 60-62

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #4 : Those Memories That I Will Remember

Entri kali ni tak memerlukan 95% pembacaan kerana 95% daripadanya terdiri daripada gambar . Just let it begin here :)

just smile and the world will smile along with you 

moh melawat perak 2012 :) taman tasik taiping .

aku panggil ni bunga loceng, bunga bintang pun okey kan? anything tho!

Monday, December 26, 2011

DiGi iPhone 4SURE SIRI ANSWERS

Post ini adalah kesinambungan daripada : Win the DiGi iPhone 4Showdown! . Baiklah. Entri kali ini aku akan menceritakan sebab ape Siri dan Digi peneman terbaik aku. Hoho. No doubt about it. Both of it are the best companions. Baiklah, tanpa membuang masa, membuang tenaga, membuang air *err?* aku teruskan kepada fokus kita hari ini.

First of all, Siri. Tahukah anda apakah itu Siri? Jujur aku akui bahawa aku baru sahaja tahu apekah itu Siri. Al-maklumlah, aku ni kuno sikit. Heuu -,-. Jangan salah faham ya. Siri bukanlah sejenis kuih, ataupun sejenis permainan tradisional, ataupun seangkatan dengannya. Kekasih gelap , mungkin. Haha. Sebab ape? Sebab Siri akan menemani korang pada bila-bila masa, di mana jua, asalkan ada connection dengan internet. Tanya je apa-apa, dia jawab. Cakap je apa-apa, dia reply. Siri juga mampu menjadi personal assistant korang yang sentiasa ingatkan events yang penting penting sehingga lah events yang kurang penting. Meh aku kepilkan beberapa keping gambar yang aku search and found kat google, sebab aku takboleh nak upload dari koleksi sendiri. Takde lagi.



Lihat, korang pasti tak bosan lah kalau ada siri. Just speak out, Siri will reply !

Kemudian, mari kita ke fokus kedua - DiGi. Yang ni aku sure korang semua tahu. Rangkaian komunikasi yang berwarna kuning dan menyediakan korang seorangg buddy kuning dimana-mana sahaja. Dengan DiGi, macam macam specialities yang korang boleh dapat, sebab ada macam-macam produk DiGi yang ohsemm!
Check it out : 


Ada banyaaak lagi hot stuff yang DiGi tawarkan kepada pengguna pengguna DiGi. Tak percaya? Silalah klik sini!
Kemudian ,
 
 as fast as possible (:

Sekian terima kasih. 


Penaja Utama : DiGi - Always The Smarter Choice! EVER.



Friday, December 23, 2011

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST


What is the first thing you will do with the DiGi iPhone 4S? 
atau boleh di-translate-kan ke dalam bahasa pasar : Apakah perkara pertama yang kau akan buat dengan DiGi iPhone 4s? Hmm. sebenarnya banyak benda yang aku nak buat bersama-sama dengan iPhone 4s, kalau aku memilikinya! Haha! *drum rolls* ye la, takkan setakat call orang-mesej-call -mesej-topup. Takde gunanya ada iPhone 4s, kalau yang tu ja function dia.. Dah harga beribu, guna call mesej mesej call . Awkward tak awkward lama lama masuk ward..

Logically first thing yang kita kena buat bila beli henpon baru ialah "You balik rumah nanti, You charge you punya telipon 8 jam . Kalau you tak charge lapan jam, you kasi balik sama ini kedai" . Ya , selalunya yang tu la tokei kedai handphone suruh buat . Dan selalunya juga yang tu la kita buat. Cuma, aku tak berapa pasti, iPhone ni kena charge 8 jam jugak ke? Oke, kalau tak pasti tolak tepi.

Next, logically lagi, kalau dah beli henfon baru, mula mula kita kena dan wajiblah turn on dulu handphone tersebut . kalau turn off kan sahaja, lagi la haru daripada call-mesej-call-mesej tu. Baiklah lepas turn on, aku akan , aku akan , akan ape ye? Haish, speehless, typeless aku . Dahtu, aku manade pernah pakai benda benda canggih camni? err, takpe aku akan berusaha mengexplore semua yang ada dalam handphone tu bila aku dapat nanti *bila agaknya ya?hoho* Yang aku pasti , kalau dah ada iPhone 4s ni, aku akan pakai simcard DiGi , sebab apa ? sebab aku ada bodyguard kuning yang tolong jaga iPhone aku daripada kena curi. Haha :) Lol, mestilah guna DiGi sebab DiGi - Always The Smarter Choice !

So, untuk merealisasikan impian aku ada iPhone 4s ni aku nak jerit lagi :

lepas tu baru boleh cakap :

LOL

sekian , terima kasih :)

Wednesday, December 21, 2011

DiGi iPhone 4SURE 4 ME

Baiklah . Bertemu kembali dalam entri Win the DiGi iPhone 4Showdown! . Kali ni aku akan nyatakan sebab-sebab aku mahukan iPhone 4S. Eh, siapa yang taknak? Tipu laa kalau kata tak nak.. Aku berani kerat jari ikan kalau ada yang mengaku taknak. *oh ikan takde jari *

Okay, kembali kepada tajuk utama. Sebab apa aku nak iPhone 4s? Aku cuba list-kan beberapa sebab aku nak gajet hot meletup vavavoom yang bagi aku munasabah :


  • Aku belum ada lagi sebarang gajet apple ni. So, apa salahnya kalau aku berikhtiar sikit kan? 
  • Trend. Whoho. Aku takdelah nak mengaku aku ni gila trend sangat *lalala* tapi kalau ikut perkembangan semasa (up-to-date) aku rasa bukan lah satu masalah besar asalkan tak boros melampau.
  • Cuba tengok applications dalam iPhone 4s ni.. Nganga tak nganga.. Macam macam ado! Meh aku share 1 per infinity  daripadanya :
  • Dan sebab utama aku nak iPhone 4s ni ialah - dah hati aku kata nak, aku nak lah - walaupun aku sedar ada pepatah yang kata , 'ikut hati mati, ikut rasa binasa' , tapi mati ke kalau ada iPhone 4s ni? Mati ada di mana-mana. 
  • Last but not least, iPhone 4s is listed on my  wish list. so, mungkinkah aku bakal memilikinya? HAHA *sila gelak serupa orang dapat durian runtuh* who knows kan? 
as a conclusion, iPhone 4s adalah gajet yang perlu ada di tangan anda sekarang! [image]

dan sebagai pemanis bicara, pelabuh tirai, penutup isi...


sila jerit sekali lagi *seperti di ENTRI INI*


Wordless Wednesday #3

dress : abah's coat. 
Tuesday, December 20, 2011

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE


Here it's come ! Most-wanted item of the year . Hoho. Itu diaa. Iphone 4S yang super dooper adorable. Sebab apa dia adorable? Aiseehh, macam lah korang tak tahu.. ianya sungguh adorable. Kalau aku tak bagitahu pun , korang dah tahu. Takpe takpe . Aku nak list-kan serba serbi spesifikasi dan keistimewaan iPhone 4s ni. Sikit je. Nak banyak banyak klik sini.

iPhone 4S embodies Apple’s continuing environmental progress. It is designed with the following features to reduce environmental impact:

  • Mercury-free LED-backlit display
  • Arsenic-free display glass
  • Brominated flame retardant-free
  • PVC free
  • Majority of packaging made from post-consumer recycled fiberboard and biobased materials
  • Power adapter outperforms strictest global energy efficiency standards


Baiklah. Back to our today hot topic : 

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE
Sebab apakahh? Bukan ke harga iPhone ni cecah 2 ribu ringgit ke atas? Kalau beli nasi lemak , boleh supply sampai tiga bulan kot. Kemudian , banyak lah lemak berkumpul di perut. Tapi, dengan DiGi anything is possible bebeh! Haha. Tak percaya?! Moh kite tengok...

Ha kann? Possible tak possible? Dengan bayaran serendah RM55 ringgit sebulan korang dapat menjadi pemilik iPhone 4S serta berpeluang menggunakn pelan DiGi dengan super affordable. 

Tak puas lagi? Nak lebih? Tudya aih. Tamak tamak. Takpe, jangan risau... 


dengan pelan yang direkemenkan oleh pihak DiGi, RM88/bulan, lihatlah apa yang korang bakal dapat!
  • RM1, 400 rebat (RM200 off RRP, RM1, 200 termasuk rebat jumlah Auto-Bil)
  • RM100 pengecualian bagi yuran pentadbiran
  • Penghantaran percuma dengan pembelian dalam talian
  • 30-hari percubaan percuma untuk DiGiMusic ™ Play


 mudah kan? cuma pilih pelan DiGi yang smart ini, korang berpeluang miliki gajet hangat a.k.a TOP abad ini. 
marilah ramai-ramai mencuba pelan ini sambil menjerit :


Apa tunggu lagi ? Switch to iDiGi today!

Friday, December 16, 2011

Daripada Kisah Dongeng Kepada Realiti

Mesti kita pernah baca atau terbaca atau dibacakan cerita cerita dongeng seperti Cinderella, Snow White, atau pun Rapunzel. Kalau tak pernah baca pun, tu belambak ada movies yang adaptasi cerita-cerita dongeng dalam bentuk 2D, 3D, mahupun 4D (dilakonkan oleh para pelakon). Kali ni, aku bukan nak citer pasal magic ataupun  spell macam dalam cerita cerita dongeng tersebut. Tapi, aku nak berkongsi serba serbi kemajuan (la kot) arkitek dari seluruh dunia mengadaptasikan rumah rumah beserta bangunan bangunan daripada cerita fairytales ke dunia sebenar. Layaaann..

yang ni ala ala Aladdin 

ohsemm kann?

yang ni aku rasa macam rumah orang kerdil citer snow white.

vintage ke ?
okay, yang ni cantik.

Rumah rumah serta bangunan bangunan ini belaka harga dia ada sampai mencecah 28.3 MILLION hengget Malaysia. baiklah, sila kumpul duit 5ratus ringgit sehari sejak masih bayi. so, kepada yang mempunyai cita cita nak beli, silalah telefon agen agen perumahan berdekatan dan kepada yang nak tapi tak mampu aku syorkan beli aja benda ni: 


at least, dapat jugak feel feel fairytale! 

picture credit goes to : mr yahoo and mr tumblr. 

tambahan!

benarkah? -,-

Tuesday, December 13, 2011

Tamat Sudah Satu 'Peperangan'


Yah, begitulah . Maka, tepat 4.35 petang tadi habis sudah segala pertempuran mengadap sebelas subjek yang memerlukan sebulan tempoh peperiksaan. aduhai, benda apekah yang aku merapurapan tersebut. lurus kepada titik ( baca: straight to the point ) , aku dah habis exam . yah  like you care kan? takpetakpe. aku tak kisah. hah, sebelum terlupa, terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang wish (klik untuk lihat dan baca) aku the best untuk exam ni *senyum* .

dan, bermulalah ekspidisi aku untuk menggondol internet .  whoa, ganas bunyi. tak tak. aku takde lah setamak itu. lagipun, cuti aku tak lama . Dalam dua minggu sahaja . Nak buat macam mana kan? Aku perlu berkorban memberi perkhidmatan terbaik kepada negara kita, Malaysia. Tak lain tak bukan, Khidmat Negara. *err, sesuai ke ayat yang aku pakai*


abaikan dulu perkara tersebut, sebab ada banyak benda yang bagooooood perlu di-check-list-kan. (:

p/s: apapun jangan terlalu suka . terlalu suka jadi alpa. bila alpa, mulala ada yang tak kena.
Thursday, December 8, 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

wah. dah macam YES- year end sale dah. haha. *takde kaitan pon* maka hari ni, ter-bengkalai lah hajat aku menge-pause blogging semasa exam ini . HUAHUAHUA. sila gelak kekejaman. nak buat macam mana kan? bosan jugak aku asyik mengadap buku last last buku mengadap aku. perhatian: jangan tiru aksi ini.  oleh yang demikian,


tanpa melepaskan peluang mencuba nasib, aku dengan sukacita bercita-citanya join sekali GiveAway Cik Nisa Menaip yang suka menaip tu. Ala takkan tak kenal? Disamping itu , mungkin aku akan berpeluang meragut hadiah menarik yang disponsorkan oleh mereka yang oh-sem seperti berikut :


Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday #2

Baru #2. Phew.

                                                                                                                     solusi isu 36

p/s : Berdiam diri lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal.
pp/s: Satu paper lagi. Satu lagi. Satu lagi!
Thursday, November 3, 2011

Dan Tiba Masanya ...

untuk aku menempuhi hari hari SPM. whohaha. muda lagi kan aku ni ? #okeayattakbolehbelah . Doakan aku yang terbaik yah. Jadi, selama lebih kurang sebulan aku akan bertempur! Haha, kalau umur kita panjang, jumpa lagi ! And for the rest yang amek SPM jugak, wish you the best!  So, blogging - aku pause dulu. Blogwalking - maybe  . Maybe okayy!  Haish, sejak zamandahulukala lagi aku buat statement nak PAUSE blogging. tapi apakan daya, entah bila akan jadi kenyataan. Semoga pendirian aku teguh kali ni. Semogalah!



p/s : 14 November sehinggalah 13 Disember 2011 . wahpunyalama!
Thursday, October 27, 2011

Spontaneous Thursday #3

When I say NO, I mean NO.
thank you.
Tuesday, October 25, 2011

My Happiest Moment


Have you ever felt like you wanted to press pause on life to stay in a moment forever?
Yes. I have felt that. The feel like everything should be paused forever. That was the moment when I keep smiling non-stop on that day. The days when I gathered with my family members. Family. That is the most precious thing  that everyone should be proud of, as I proud of my family.

Yes. I can't denied that sometimes I do fight with my siblings. At that time, I felt very annoying . But those previous memories make me laugh today. Make me smile today. Make me proud today - for having this awesome family.

There is a quote ,

Our family is a circle of strength and love,  
With every birth and every union the circle grows, 
Every joy shared adds more love,
Every crisis faced together, 
makes the circle grow stronger.
I believe and I am very sure that we should appreciate our single moment with our family because that is the most happiest and greatest moment ever! I pray to Allah for keep that smile and that joy with my family forever and ever.

__________________________________


Let's join this contest  and get your chance to pause your happiest moment with Olympus PEN Lite E-PL3!


Because you need that moment to be paused. 

Thursday, October 20, 2011

Contest TheGarang : Saya Seorang Superhero



Dari dibiar blog korang tu tak berupdate baik korang join contest ni. 
Tersebutlah ayat di atas dalam belog beliau, TheGarang. Whohaha. Maka, terlahirlah entri ini dalam dingin petang Khamis. Ekceli, aku dah berazam untuk pause dulu blogging buat saat-saat genting nak exam ni. Tapi, apekan daya lah? Biarlah aku santai sikit, sikit je petang ni. Haha. 


Baiklah,
AKU DAN SUPERHERO.
Yaa. Tahu tak sape superhero pilihan aku nih? Tahu? Tahu? Yeshh, Itu dia, "dan superhero kitaaa ...BoBoiBoy~" Adehh. Childish eh? Ahh, Biar. Sukahati la kan aku nak pilih hero mana. Persoalannya, sebab pe aku pilih dia ni sebagai superhero pilihan ? Muka cute pon buleh jadi superhero jugak ke? Yela, vokal kuasa bukan sekadar rupa. 

BoBoiBoy ni ada kuasa yang Superman takde, superman takde kuasa tiga tapi BoBoiBoy ade! Sebab tu la nama dia Bo-Boi-Boy, dia boleh divide kepada 3 karakter- Bo, Boi , Boy. Setiap satunya ada kuasa berbeza iaitu kuasa elemen angin , tanah , dan kilat. Haaa kan ke superman takde semua yang tersebut?

BoBoiBoy jugak special sebab dia ada kawan, dia suka berkawan. Tak macam batman. Batman takde kawan baik macam Yaya, Ying, dan Gopal. So, kalu takde Robin , takdela geng dia nak berlawan. Kesian, kan? Haha.

BoBoiBoy terpaksa berlawan demi menentang alien yang nak curi koko. Spiderman adeke? Takde takde. Sebab tu la sekarang still ade perasa coklat, BoBoiBoy la yang tolong supply kita koko-koko buat coklat. 

Lagi lagi, BoBoiBoy sayang atuk dia. Dia tolong atuk dia, Tok Aba, jual koko. Haa, kan ke sifat mulia tu? Sikap tolong-menolong camni la yang patut kita ikut. Barula aman dunia. Kan Kan Kan?

Done. Itulah serba sedikit pasal superhero pilihan aku. Bhaha. Tak buleh la aku nak type entri panjang-panjang sebab sekarang ni orang lain pakat study, aku pulak citer pasal si BoBoiBoy ni. Aku pun nak berganjak ke meja study jugak ni. Haha. Last but not least, a special THANKS to TheGarang sebab membuatkan aku melepaskan sedikit ke-tegang-an selepas study. Ece, macam la aku study banyak sangat. Oke, dah dah. 

Akhir kata, 'Terbaekk"

p/s : nak citer pasal superhero korang ? Cepat la klik sini!
pp/s: walau sebesar mana pun kuasa superhero, semuanya hanya rekaan semata-mata. Takde langsung kaitan dengan yang hidup atau yang dah mati. Sesungguhnya, hanya ALLAH MAHA KUASA  :)
Thursday, September 22, 2011

ST : Satu Sudah Lepas, Ada Lagi Satu



Alhamdulillah. Habis sudah peperiksaan trial aku. :D Wah, lega aku rasa untuk sementara waktu. Sementara waktu je dehh. Lepas ni, datang trial punya result. Lepas tu , datang pulak exam sebenar, SPM.


p/s: ekceli aku nak buat ST (Spontaneous Thursday) , tapi ter-panjang serta ter-letak gambar. KBAI.
Sunday, September 4, 2011

Examination Is Just Like An Aeroplane?


And exam is now coming..step by step.
And I am about to say "is dat tru menn?" 
Ehh. betull ahh. Exam sudah mari. 

mampukah aku? 
hopefully, aku sukses.



and, i'm going to fly far far away from this blog for a little while. 
I'll be back!






Sunday, August 14, 2011

Abah, Nanti Belikan A Famosa Tau


Tersebutlah kisah pada suatu petang di bulan Ramadan al- Kareem . Petang itu, sedang aku bersenang-senang menonton TV baru, tetiba adik aku yang mengidam-ke-bazar-ramadan-tapi-tak-dapat-pergi-sebab-penat dengan gagahnya mencapai ganggang telefon lalu mendail 012blablabla. Tak lama selepas itu panggilan bersahut. "Hello" lantass adik aku tersebut menyapa ayah aku di talian sebelah sana. huhu. tanpa memberi salam. seraya, dia bertanya " Abah, abah kat mane?Nak balik dah ke? Nanti kalau balik singgah singaah pasar ramadan taww" lancar sahaja kata-katanya demi juadah berbuka nanti. Aku tak pasti apa jawapan ayah aku. Tapi, adik aku mula memesan kuih muih kegemarannya. "Abah beli popia dengan 'A Famosa' taw." Err. Apekah? Adik aku nak menetap kat A Famosa kah? Aku pelik. Aku heran. Aku musykil. Aku dengan khuatir dan keliru bertanya ' Eh, mu nak beli A Famosa buat hape haa? ' . 'Hehe. ' Dia ketawa termalu. 'Ehh, abah. Samosa lah. '



















Tamat.