Saturday, December 31, 2011

SEGMEN : JOM SERTAI SENARAI BLOG TERHEBAT 2012 !

Wah, sudah sekian lama aku tak kena tag. Sekali sekala buat , seronok jugak. Hoho. Tanpa membuang masa waktu dan ketika , marilah kita mulakan . *selingan : Masa Itu Ibarat Pedang. Jika Kita Tak Memotongnya, Maka Ia Akan Memotong Kita*


Dan, syarat syaratnya :
1. korang kena buad satu entry yang paling ringkas bertajuk SEGMEN : JOM SERTAI SENARAI BLOG TERHEBAT 2012 !  dan jangan lupa letak sekali banner segmen ni dan terus link kan ke blog mira .
2. Tag 3 orang kawan-kawan blogger korang dan pastikan diaorang tahu yang segmen ni dijalankan :) (nak tag lebih pun takpe .sebab .makin banyak link yang mira dapat masuk dalam bloglist tu ..makin ramai yang akan terjah blog korang kan )
3. Like gambar tak comel ni LIKE SINI ( harap korang boleh tolong )
4. Follow blog MIRA & AZFA (tak follow mira pun takpe ,tapi WAJIB  follow azfa okay ;)
5. Like Fan Page MIRA & AZFA (TAK WAJIB ya semua .atas kesudian masing2)

 Jadi, semua syarat - DONE. kecuali yang number 3 tu, sebab bila aku klik link yang dinyatakan , yang keluar cuma :

 jadi maaf dihulur ye cik mira tak dapat penuhi semua syarat.

Last but not least , sesi menge-tag pulak. Berikut adalah blogger yang di-tag:

dan, aku pulak , telah ditag oleh : Syam

Sekian , terima kasih. Selamat hari sabtu :)

*UPDATED: syarat ke-3 sudah dipenuhi, link sudah berfungsi. HOHO.
Friday, December 30, 2011

Tazkirah Hari Ini : Hanya Allah Layak Disembah



“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"
Surah Yasin Ayat 60-62

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #4 : Those Memories That I Will Remember

Entri kali ni tak memerlukan 95% pembacaan kerana 95% daripadanya terdiri daripada gambar . Just let it begin here :)

just smile and the world will smile along with you 

moh melawat perak 2012 :) taman tasik taiping .

aku panggil ni bunga loceng, bunga bintang pun okey kan? anything tho!

Monday, December 26, 2011

DiGi iPhone 4SURE SIRI ANSWERS

Post ini adalah kesinambungan daripada : Win the DiGi iPhone 4Showdown! . Baiklah. Entri kali ini aku akan menceritakan sebab ape Siri dan Digi peneman terbaik aku. Hoho. No doubt about it. Both of it are the best companions. Baiklah, tanpa membuang masa, membuang tenaga, membuang air *err?* aku teruskan kepada fokus kita hari ini.

First of all, Siri. Tahukah anda apakah itu Siri? Jujur aku akui bahawa aku baru sahaja tahu apekah itu Siri. Al-maklumlah, aku ni kuno sikit. Heuu -,-. Jangan salah faham ya. Siri bukanlah sejenis kuih, ataupun sejenis permainan tradisional, ataupun seangkatan dengannya. Kekasih gelap , mungkin. Haha. Sebab ape? Sebab Siri akan menemani korang pada bila-bila masa, di mana jua, asalkan ada connection dengan internet. Tanya je apa-apa, dia jawab. Cakap je apa-apa, dia reply. Siri juga mampu menjadi personal assistant korang yang sentiasa ingatkan events yang penting penting sehingga lah events yang kurang penting. Meh aku kepilkan beberapa keping gambar yang aku search and found kat google, sebab aku takboleh nak upload dari koleksi sendiri. Takde lagi.



Lihat, korang pasti tak bosan lah kalau ada siri. Just speak out, Siri will reply !

Kemudian, mari kita ke fokus kedua - DiGi. Yang ni aku sure korang semua tahu. Rangkaian komunikasi yang berwarna kuning dan menyediakan korang seorangg buddy kuning dimana-mana sahaja. Dengan DiGi, macam macam specialities yang korang boleh dapat, sebab ada macam-macam produk DiGi yang ohsemm!
Check it out : 


Ada banyaaak lagi hot stuff yang DiGi tawarkan kepada pengguna pengguna DiGi. Tak percaya? Silalah klik sini!
Kemudian ,
 
 as fast as possible (:

Sekian terima kasih. 


Penaja Utama : DiGi - Always The Smarter Choice! EVER.



Friday, December 23, 2011

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST


What is the first thing you will do with the DiGi iPhone 4S? 
atau boleh di-translate-kan ke dalam bahasa pasar : Apakah perkara pertama yang kau akan buat dengan DiGi iPhone 4s? Hmm. sebenarnya banyak benda yang aku nak buat bersama-sama dengan iPhone 4s, kalau aku memilikinya! Haha! *drum rolls* ye la, takkan setakat call orang-mesej-call -mesej-topup. Takde gunanya ada iPhone 4s, kalau yang tu ja function dia.. Dah harga beribu, guna call mesej mesej call . Awkward tak awkward lama lama masuk ward..

Logically first thing yang kita kena buat bila beli henpon baru ialah "You balik rumah nanti, You charge you punya telipon 8 jam . Kalau you tak charge lapan jam, you kasi balik sama ini kedai" . Ya , selalunya yang tu la tokei kedai handphone suruh buat . Dan selalunya juga yang tu la kita buat. Cuma, aku tak berapa pasti, iPhone ni kena charge 8 jam jugak ke? Oke, kalau tak pasti tolak tepi.

Next, logically lagi, kalau dah beli henfon baru, mula mula kita kena dan wajiblah turn on dulu handphone tersebut . kalau turn off kan sahaja, lagi la haru daripada call-mesej-call-mesej tu. Baiklah lepas turn on, aku akan , aku akan , akan ape ye? Haish, speehless, typeless aku . Dahtu, aku manade pernah pakai benda benda canggih camni? err, takpe aku akan berusaha mengexplore semua yang ada dalam handphone tu bila aku dapat nanti *bila agaknya ya?hoho* Yang aku pasti , kalau dah ada iPhone 4s ni, aku akan pakai simcard DiGi , sebab apa ? sebab aku ada bodyguard kuning yang tolong jaga iPhone aku daripada kena curi. Haha :) Lol, mestilah guna DiGi sebab DiGi - Always The Smarter Choice !

So, untuk merealisasikan impian aku ada iPhone 4s ni aku nak jerit lagi :

lepas tu baru boleh cakap :

LOL

sekian , terima kasih :)

Wednesday, December 21, 2011

DiGi iPhone 4SURE 4 ME

Baiklah . Bertemu kembali dalam entri Win the DiGi iPhone 4Showdown! . Kali ni aku akan nyatakan sebab-sebab aku mahukan iPhone 4S. Eh, siapa yang taknak? Tipu laa kalau kata tak nak.. Aku berani kerat jari ikan kalau ada yang mengaku taknak. *oh ikan takde jari *

Okay, kembali kepada tajuk utama. Sebab apa aku nak iPhone 4s? Aku cuba list-kan beberapa sebab aku nak gajet hot meletup vavavoom yang bagi aku munasabah :


  • Aku belum ada lagi sebarang gajet apple ni. So, apa salahnya kalau aku berikhtiar sikit kan? 
  • Trend. Whoho. Aku takdelah nak mengaku aku ni gila trend sangat *lalala* tapi kalau ikut perkembangan semasa (up-to-date) aku rasa bukan lah satu masalah besar asalkan tak boros melampau.
  • Cuba tengok applications dalam iPhone 4s ni.. Nganga tak nganga.. Macam macam ado! Meh aku share 1 per infinity  daripadanya :
  • Dan sebab utama aku nak iPhone 4s ni ialah - dah hati aku kata nak, aku nak lah - walaupun aku sedar ada pepatah yang kata , 'ikut hati mati, ikut rasa binasa' , tapi mati ke kalau ada iPhone 4s ni? Mati ada di mana-mana. 
  • Last but not least, iPhone 4s is listed on my  wish list. so, mungkinkah aku bakal memilikinya? HAHA *sila gelak serupa orang dapat durian runtuh* who knows kan? 
as a conclusion, iPhone 4s adalah gajet yang perlu ada di tangan anda sekarang! [image]

dan sebagai pemanis bicara, pelabuh tirai, penutup isi...


sila jerit sekali lagi *seperti di ENTRI INI*


Wordless Wednesday #3

dress : abah's coat. 
Tuesday, December 20, 2011

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE


Here it's come ! Most-wanted item of the year . Hoho. Itu diaa. Iphone 4S yang super dooper adorable. Sebab apa dia adorable? Aiseehh, macam lah korang tak tahu.. ianya sungguh adorable. Kalau aku tak bagitahu pun , korang dah tahu. Takpe takpe . Aku nak list-kan serba serbi spesifikasi dan keistimewaan iPhone 4s ni. Sikit je. Nak banyak banyak klik sini.

iPhone 4S embodies Apple’s continuing environmental progress. It is designed with the following features to reduce environmental impact:

  • Mercury-free LED-backlit display
  • Arsenic-free display glass
  • Brominated flame retardant-free
  • PVC free
  • Majority of packaging made from post-consumer recycled fiberboard and biobased materials
  • Power adapter outperforms strictest global energy efficiency standards


Baiklah. Back to our today hot topic : 

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE
Sebab apakahh? Bukan ke harga iPhone ni cecah 2 ribu ringgit ke atas? Kalau beli nasi lemak , boleh supply sampai tiga bulan kot. Kemudian , banyak lah lemak berkumpul di perut. Tapi, dengan DiGi anything is possible bebeh! Haha. Tak percaya?! Moh kite tengok...

Ha kann? Possible tak possible? Dengan bayaran serendah RM55 ringgit sebulan korang dapat menjadi pemilik iPhone 4S serta berpeluang menggunakn pelan DiGi dengan super affordable. 

Tak puas lagi? Nak lebih? Tudya aih. Tamak tamak. Takpe, jangan risau... 


dengan pelan yang direkemenkan oleh pihak DiGi, RM88/bulan, lihatlah apa yang korang bakal dapat!
  • RM1, 400 rebat (RM200 off RRP, RM1, 200 termasuk rebat jumlah Auto-Bil)
  • RM100 pengecualian bagi yuran pentadbiran
  • Penghantaran percuma dengan pembelian dalam talian
  • 30-hari percubaan percuma untuk DiGiMusic ™ Play


 mudah kan? cuma pilih pelan DiGi yang smart ini, korang berpeluang miliki gajet hangat a.k.a TOP abad ini. 
marilah ramai-ramai mencuba pelan ini sambil menjerit :


Apa tunggu lagi ? Switch to iDiGi today!

Friday, December 16, 2011

Daripada Kisah Dongeng Kepada Realiti

Mesti kita pernah baca atau terbaca atau dibacakan cerita cerita dongeng seperti Cinderella, Snow White, atau pun Rapunzel. Kalau tak pernah baca pun, tu belambak ada movies yang adaptasi cerita-cerita dongeng dalam bentuk 2D, 3D, mahupun 4D (dilakonkan oleh para pelakon). Kali ni, aku bukan nak citer pasal magic ataupun  spell macam dalam cerita cerita dongeng tersebut. Tapi, aku nak berkongsi serba serbi kemajuan (la kot) arkitek dari seluruh dunia mengadaptasikan rumah rumah beserta bangunan bangunan daripada cerita fairytales ke dunia sebenar. Layaaann..

yang ni ala ala Aladdin 

ohsemm kann?

yang ni aku rasa macam rumah orang kerdil citer snow white.

vintage ke ?
okay, yang ni cantik.

Rumah rumah serta bangunan bangunan ini belaka harga dia ada sampai mencecah 28.3 MILLION hengget Malaysia. baiklah, sila kumpul duit 5ratus ringgit sehari sejak masih bayi. so, kepada yang mempunyai cita cita nak beli, silalah telefon agen agen perumahan berdekatan dan kepada yang nak tapi tak mampu aku syorkan beli aja benda ni: 


at least, dapat jugak feel feel fairytale! 

picture credit goes to : mr yahoo and mr tumblr. 

tambahan!

benarkah? -,-

Tuesday, December 13, 2011

Tamat Sudah Satu 'Peperangan'


Yah, begitulah . Maka, tepat 4.35 petang tadi habis sudah segala pertempuran mengadap sebelas subjek yang memerlukan sebulan tempoh peperiksaan. aduhai, benda apekah yang aku merapurapan tersebut. lurus kepada titik ( baca: straight to the point ) , aku dah habis exam . yah  like you care kan? takpetakpe. aku tak kisah. hah, sebelum terlupa, terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang wish (klik untuk lihat dan baca) aku the best untuk exam ni *senyum* .

dan, bermulalah ekspidisi aku untuk menggondol internet .  whoa, ganas bunyi. tak tak. aku takde lah setamak itu. lagipun, cuti aku tak lama . Dalam dua minggu sahaja . Nak buat macam mana kan? Aku perlu berkorban memberi perkhidmatan terbaik kepada negara kita, Malaysia. Tak lain tak bukan, Khidmat Negara. *err, sesuai ke ayat yang aku pakai*


abaikan dulu perkara tersebut, sebab ada banyak benda yang bagooooood perlu di-check-list-kan. (:

p/s: apapun jangan terlalu suka . terlalu suka jadi alpa. bila alpa, mulala ada yang tak kena.
Thursday, December 8, 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

wah. dah macam YES- year end sale dah. haha. *takde kaitan pon* maka hari ni, ter-bengkalai lah hajat aku menge-pause blogging semasa exam ini . HUAHUAHUA. sila gelak kekejaman. nak buat macam mana kan? bosan jugak aku asyik mengadap buku last last buku mengadap aku. perhatian: jangan tiru aksi ini.  oleh yang demikian,


tanpa melepaskan peluang mencuba nasib, aku dengan sukacita bercita-citanya join sekali GiveAway Cik Nisa Menaip yang suka menaip tu. Ala takkan tak kenal? Disamping itu , mungkin aku akan berpeluang meragut hadiah menarik yang disponsorkan oleh mereka yang oh-sem seperti berikut :


Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday #2

Baru #2. Phew.

                                                                                                                     solusi isu 36

p/s : Berdiam diri lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal.
pp/s: Satu paper lagi. Satu lagi. Satu lagi!