Tuesday, January 3, 2012

Andainya Aku Pergi Dulu...

Photo : Xuyen

Eceh , tajuk ! Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang datang menyinggah sebentar sambil berehat bersama kitkat sekalian..Semoga korang sihat lah hendaknya. Ya, ini entri kedua aku tahun 2012 ni . Dan mungkin sekali entri terakhir , sebelum aku berangkat pagi nanti ( 3 Januari 2012 ).

Sebenarnya aku saje nak tidor lambat malam ni, kang malam esok mengantuk cepat sikit, pastu boleh tidur lena kat tempat baru. Heuheu. Boleh pakai ke teori ni? Ape ape sahajalah. Sebelum aku pergi, teringin sekali aku ucapkan selamat tinggal . hoho. Maka terciptalah sebuah post ini. Tajuknya? Tiada kaitan kan. Tapi tibai je lah. Eh, tahu tak aku nak pergi mana ni? Jangan ingat aku nak pergi lari Lombok pulakk. Kang pergi report kat Metro takpasal ! Aku rasa aku dah mention dalam entri sebelum ni yang aku nak pergi mana. Bagi yang tak tau , aku nak pergi plkn pagi nanti. Doakan la aku selamat pergi, selamat kat sana, dan selamat kembali nanti. Satu lagi nak pesan, kalau rajin meh la datang blog ni selalu ye. Walaupun tak ber-update silalah datang datang singgah , baca entri dahulukala ke . Nanti takde sapa datang, berhabuk blog aku. Hukhuk ~ *ish, dia ni macam macam lah* Takpe tiada sebarang pemaksaan atau pemerasan ugutan berlaku. :) Dan terima kasih banyak banyak kepada yang sudi jadi follower aku dan yang singgah kat sini. Aku sangat hargainya . Syukran syukran!

Jadi, sebagai perenggan terakhir, ada umur ada rezeki kita jumpa lagi. Salam sayang dari aku, Syazana.

Sekian terima kasih :D


Sunday, January 1, 2012

Pertama Tahun Ini.

photo by Marta&Sara

Baiklah. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Ya, aku pasti semua orang tahu bahawa hari ini masuklah kita ke dalam tahun yang baru tahun 2012. Selamat tahun baru aku ucapkan. Bila bercakap soal tahun baru, kita selalu sinonim dengan azam baru, baju baru, kereta baru, rumah baru , semua lah baru. Isteri pun baru. Hoho. Joke joke sahaja ye. Sebenarnya sebagai muslim kita dah sambut tahun baru sebulan yang lalu sebab hari ni pun dah masuk bulan kedua tahun baru Islam - Safar 07. Kiranya masih baru lagi la kan?

Azam : lepas aku google sikit aku nak share serba sedikit maksud Azam. Azam ialah kemahuan (keinginan, cita-cita, dan sebagainya) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya). Jadi azam aku ialah menjadi seorang hamba yang lebih tabah dari sebelumnya. Berhijrah kepada yang lebih baik, di jalan yang diredhai olehNya. InsyaAllah. Umum kan? Well, banyak azam yang spesifik lagi tapi takpelah biar aku share sengsorang jelah . Nanti kang muak pulak korang baca banyak banyak kan ?

Photo by Mark Boucher

Schedule : hmm. actually banyak yang aku nak buat tahun ni terutamanya masa-masa kosong memenuhi hari hari menunggu result spm keluar. tapi, apakan daya kita cuma merancang, Allah yang menentukan . Ye tak? Mulai lusa , aku akan terlibat dalam satu program kebangsaan yang membentuk jati diri aku dan peserta peserta lain yang terlibat. Tak lain tak bukan : Malaysian National Service atau dalam bahasa Melayu lebih dikenali sebagai Program Latihan Khidmat Negara. PLKN lah weh. Aku harap aku dah bersedia fizikal dan mental nak duduk sana 3 bulan. Jadi, event pertama aku tahun 2012 adalah di kem. Semoga ianya permulaan yang baik. Semogalah.

p/s: Don't cry because it's over, smile because it happened. Biarlah pengalaman 2011 menjadikan kita insan yang lebih baik pada tahun ini dan seterusnya . (: