Sunday, June 24, 2012

Event KitaKita : Pangkor, Perak


Ohyeah. Visit Perak 2012. Moh kite melawat Perak :D Kali ni nak update pasal Family Day kat Pangkor yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. The Family Day is organized by SABAR's KGKT and it was fun okayy. So, pagi 16 haribulan 6 lepas, kitorang gathered kat dataran dulu untuk briefing *la kot* bagi number kereta dan ambil gambar dan apa-apa yang patut. Lepastu dah selesai photoshoot, ape tunggu lagi, jalanlaaa :D Perjalanan ke Lumut mengambil masa selama selama err tak ingat la selama berapa jam. -.- 

Okay, sila cari saya.

Sekarang tiada benda 'free' ye. Harap maklum.

Ohh ohh :D Sila senyum dan kata 'Hai'


Dan kitorang sampai kat Jeti Pulau Pangkor lebih kurang dalam pukul 2 lebih camtu lepastu terus ke Purnama Beach Resort untuk check-in. Dan selepas check-in, mandi dan solat dan rehat dan taksempat tidur dan kemudian keluar pulak untuk acara sukaneka. Time ni, aku yang still pening dan mengantuk dan tak larat hanya mampu duduk atas buai dan melihat mereka ber-sukaneka dari jauh. Hoho. Dan dan dan dan dan *amboi over* selepas habis sukaneka, ohyeah time ni best - Bananana Boat. Okay eksaited maklumlah first time. Mwahaha. 

Yah , ini dia team banananaboat.

Fuhh, first time naik iz ohsem rasa nak naik lagi tapi dah nak maghrib. So, balik bilik -.- Malam tu, just makan makan BBQ dan sempat jugak la shopping baju. Tapi aku takbeli pun. Mula mula memang plan nak rembat gak at least sehelai kan tapi entah kenapa tetiba takde mood nak pilih baju. Bosan. Hoho. 

Kemudian, pagi esoknya 17 Jun, ohyeah ohyeah seronok lagi. Lepas breakfast , island hopping :D Ada Monkey Bay yang telah menjadi 'Dog Bay', lagi Taman Ikan, lagi batu ikan paus, batu penyu, dan beberapa pulau lagi. Tapi tapi tapi, lepas island hopping lagi best. Snorkelling. First time dalam hidup aku snorkelling nak habaq mai. Haha. *maaf sekiranya kedengaran seperti jakun* So, abang boat tu hantar la pergi Taman Ikan dan ape lagi selam ah puas puas. Namun, kusangka panas sampai ke petang, tapi apakan daya hujan di tengah hari. Satu kejadian yang tak disangka telahh berlaku! Dan dan dan aku sangat panik! Hoho, marilah aku ceritakan. Sedang aku asyik menyelam sambil mengintai ikan-ikan, tiba tiba Mr. H mai mintak goggle kat aku, fuh kacau lain *line* betul ah. Aku yang tak pandai berenang ni yang neves dalam laut ni, pun rela hati la nak bagi. Namun NAMUN NAMUN!!! Sedang aku ingin membukak aku punya goggle, ohmai Ya Allah, aku boleh pulak terlepass. Adehh apelagi dibawa ombak laa goggle tersebut maka burn lah duit abah kena ganti goggle yang aku hilangkan . Dan yang paling menyayat hati, aku cuma sempat mengintai dua ekor ikan sahaje. DUA EKORR TAHU! Sobsobs. Baru nak feel feel macam gambar bawah ni :


Nak buat camne kann, at least boleh jugak feel snorkelling. Lepas tu, kitorang pun balik bilik balik ready nak check-out. Oh nak check-out dah? Whatt? Sekejapnyaaaa . 




So, Pangkor , I'll miss you. See you later :)

Sekian,
With love,
Syazana.

Tuesday, June 19, 2012

Lapan Belas Pada 18

So remember Me; I will remember you. And be grateful to Me and do not deny Me. [2:152]
Alhamdulillah. Lapan belas pada lapan belas. Ya. Semalam pada lapan belas jun , aku telah pun menjadi lapan belas. Sudah lapan belas tahun aku diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ni mencari bekalan untuk ke sana nanti. Lapan belas tahun yang aku habiskan sebelum ini, cukupkah amalan aku? Bersediakah aku tempuhi alam seterusnya nanti. Lapan belas tahun, tempoh yang lama tapi sebentar sahaja aku rasa. Lapan belas tahun terasa berlalu begitu pantass. Lapan belas tahun. *sila kira berapa banyak 'lapan belas' yang ada dalam perenggan ni*

Terasa skema pulak ayat aku kat atas nuhh. Huhu. Mungkin kesan daripada lapan belas tahun. Hoho. Ohya, terima kasih kepada kawan kawan rakan rakan sahabat sahabat yang wish HB, Happy Birthday, Hepi Bufday, Selamat Tumbesaran, Selamat Hari Lahir, dan yang sama waktu dengannya. Terharu. Sobsobs. Saya amat hargainya :) 


Tak lupa jugak yang wish via sms, seperti Miye dan Awe. Dan ada lagi numbers yang wish tapi tapi tapi semenjak tukar fon baru, majority bisnes cards (contacts) ter-hilang. Huuu. Maaf maaf. Terima kasih jugak kepada Umi dan Abah yang bersabar berpenat berlelah menjaga kakSya selama lapan belas tahun ni. Sinonim dengan happy birthday ni , of course la hadiah. Namun , *sobsobs* dah lapan belas tahun kan? Takkan nak mintak hadiah lagi. Dah besau panjang. Jadi dengan berbesauu hati aku belikan hadiah untuk diri aku sendiri. Hoho, itupun sepuluh hari lebih awal. Tak kesah la, janji ada. Tahun lepas aku bagi hadiah vaio kat aku sendiri *pelik pulak bunyinya* , tahun ni er er , takpelah . Tahun depan baru aku bagitau. Aci tak? okay aci. 

Itu sahaja . Haha, *nak bagitau yang semalam besday aku tu je* Tiba tiba teringat nak post pasal Trip to Pangkor dan sambungan MHS Pasum yang tak habis lagi walaupun dah start tutorial dan MARA dan IPG. Nanti eh aku update update. Stay tuned :)

Sekian,
With love,
Syazana.
Thursday, June 7, 2012

What Makes You, You?



Assalamualaikum semuanya, aku nak kasi satu pengumuman ni. Hehe. Sila bukak mata luas luas. Ini bukan satu pembohongan ye rakan rakan sekalian !


Sony VAIO E Series - What Makes You, YOU? Contest. Tell us what makes you, YOU! Tell it in a poster. And stand a chance to walk away with the all-new VAIO E Series! Create your poster now! http://www.sony.com.my/microsite/what-makes-you/
YA. Sony telah menganjurkan satu contest Umphh sempena debut Sony VAIO E Series . Dan ianya adalah poster contest. Setelah dipujuk rayu Eqin , aku pun berbesar hati menyibukkan diri menyertai contest ni. Yeah Yeah. Dan , aku akan lebih berbesar hati kalau kawan kawan blogger aku menyokong penglibatan aku . Hehe.

Dan, inilah poster yang telah aku create kejap tadi. So, dengan rasa rendah diri aku wish korang dapat tolong aku like poster ni kat sini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151841969570601&set=a.10151624236125601.854601.117649200600&type=1&theater .  Hehe. Terima kasih. 

Sudikan lah ye like . Hehe . KLIK SINI.Jom la join jugak, nanti aku like sama ! Yeahh. 

With love,
Syazana.


Precious

And whosoever keepeth his duty to Allah, Allah will appoint a way out for him. And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if any one puts his trust in Allah, Allah will be sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent.


"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


at-Talaq, 65:2-3