Sunday, September 30, 2012

Kempen? Campaign?


#WakeMeUpWhenSeptemberEnds.

Dan tamatlah bulan September. Maka esok masuklah bulan Oktober. Maka assignments semakin bertambah. Maka hidup semakin sibuk. Tak. Tak. Tak. Kesibukan bukanlah bergantung kepada assignment. Eh? Ah, teruskan je. Maka pada harini aku menjadi seorang pencuri. Pencuri masa. 

Bersalah jugak mencuri masa ni. Takut menyesal di kemudian hari. Tapi, tapi, tapi... ah whatever. Aku dah terlanjur tekan 'Create New Post', maka di sini lah aku pada petang Ahad. Tujuan aku mengupdate kali ni bukan lah untuk merungut pasal assignments, bukan nak merungut pasal result midsem aku. Tak elok merungut. Stop Whining. Seriously I hate a whining person even SOMETIMES I  do whine. 

Maka akan aku perjelaskan tujuan utama aku hari ni. Tujuan nya, err.. Aku nak mengajak korang-korang sekalian (oh my bm) untuk sama sama menyokong harimau malaya kempen yang sedang hangat seperti pisang goreng yang laku , yang mana ianya adalah kempen Treat A Girl Like A Girl atau dalam bahasa Melayu nya... ah translate la sendiri. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran sivik kepada seluruh manusia di muka bumi ni untuk menghormati para wanita/gadis/perempuan kerana mereka layak dihormati. Kan? Bukannya nak menafikan hak lelaki untuk turut dihormati - oh tidak sama sekali. Lelaki juga perlu dihormati. MALAHAN, semua orang mempunyai hak untuk dihormati. Namun namun namun, kempen ini lebih memberi penekanan kepada wanita/gadis/perempuan kerana dalam masyarakat sekarang semakin lama semakin pudar rasa hormat kepada seorang wanita. 


Hmm, jadi kalau korang rasa korang menyokong kempen ni, apa lagi, jom ramai-ramai klik http://www.facebook.com/TreatAGirlLikeAGirl dan like dan tinggalkan pendapat/pandangan korang kat dinding (wall page) ni. Segala maklum balas , kritikan, cadangan, feedback, korang amat aku hargai.

Sekian saja,
Terima kasih.
Wih love,
Syazana.
Sunday, September 9, 2012

The Victims Of Radiation


Pernah dengar nama Chernobyl? Chernobyl adalah nama satu tempat kat Ukraine. Pada 26 April 1986, telah berlaku 'kemalangan' nuklear di  Chernobyl Nuclear Power Plant dan menyebabkan radiasi di sekitar kawasan tersebut. (Sumber : Chernobyl) Dan baru baru ni, ada dengar tak pasal Chernobyl Diaries ? Filem yang baru released Ogos lepas. Semalam aku dan Syasya dan Jua dan Izzati dan Mira Haz decide nak tengok movie ni memandangkan cerita yang ada cuma cerita hantu dan cerita ni. 

Mula-mula aku tak dapat nak pick-up sangat apesal sekumpulan manusia amerika ni nak pergi chernobyl tu sebab aku masuk 15 minit lambat -___- Yang aku pasti diorang tahu tempat tu pernah kena radiasi tapi gatal nak masuk juga last last padan muka semua mati (spoiler). Okay aku bukan nak review cerita ni tapi bagi aku cerita ni agak agak sensitif , mungkin kepada rakyat rakyat Ukraine yang ter-kena radiasi ni. Yelah, cerita ni yang menunjukkan orang yang kena radiasi tu bertukar jadi mutation yang macam zombi yang asyik kejar manusia dan makan manusia. So, bagi aku, benda ni sedikit sebanyak (mungkinla) akan membuatkan perasaan diorang yang pernah ada ahli keluarga yang jadi mangsa radiasi ni , terguris terhiris ter ter terbelah terpotong.. Hmm seolah-olah pembikin filem ni takde simpati kat mangsa-mangsaa.. Ye aku tahu cerita ni fiction semata-mata, sekadar nak hiburkan hati. Tapi, boleh pulak kan kita entertain diri kita dengan malapetaka yang menimpa orang lain? Cuba kalau benda ni jadi kat kita?

p/s: pendek gila entry ni -.- (assignment banyak tu la pasal)
pp/s: Selamat berhujung minggu :)

Sekian,
With love,
Syazana.

Sunday, September 2, 2012

Bulan Ke-3


Dua bulan. Dua bulan dah aku secara rasminya pelajar INTEC UiTM. INTEC? What's that? Sila google dan jangan malas. Muahaha! Emm emm emm lama gila tak update blog. Awkward la pulak bila nak start update update balik. Persetankan ke-awkward-an itu syazana. (Note: Ampunkan kemenyampahan cara penulisan aku. Akan aku cuba perbaiki dari masa ke masa)

Eleh Syazana ni, bajet busy la tu tak update blog. Konon sesibuk PM, sesibuk bisnesman padahal....
Bilalaa SyaSyazana ni nak update blog dia tu, alaa rindulaa
Emm hari hari saya type sya-syazana.blogspot.com nak tengok update terkini, tapi.. :(

Kahkah ada kaa yang tak sabaq tunggu cek update blog? Perasan lebih nohh! Dah dah itu semua komen rekaan semata-mata. Jangan terpedaya dan mari menuju ke topik utama kita pada hari ni ya.


Syazana bila hang nak pi obesi? Kata dapat pi UK..eh ka US?
Syazana hang study mana la ni? Betui ka hang dah resign UM? Awat? Homesick ehh? 
Syazana bila hang nak kawin ni? *tetiba*

Fuhh. Pertamanya, Aku tak tau mana datang khabaq angin kata aku nak pi uk, us tu insyaAllah. Doa-doakan lah supaya aku dapat lepas 3.50CGPA kat intec ni + 1000 SAT Score + 75 TOEFL. Dapat lepas ketiga tiga syarat ni INSYAALLAH dengan izin-Nya dapat lah aku sambung Actuarial Science kat us. Keduanya, seperti yang dinyatakan di atas sekarang aku tengah study kat INTEC UiTM Shah Alam Seksyen 17 sapa nak mai melawat dialu-alukan. So, sebabtu la aku dah tak belajaq kat UM sebagai PASUMian. Sobsobs tetiba teringat pasum. Bukan aku homesick-lepastu-lari-balik-bukit-merah-lepastu-duk-rumah-goyang-kaki. Tidak. *Paham ke idak ni? Ketiganya, tetiba?

Hmm nak tulis lagi nak tulis lagi tapi sekarang ada assignment :( Nanti aku sambung.

Sekian.
With love,
Syazana.

//Photo credit weheartit.com